Tuesday 3 July 2012

Bercintalah



Cinta

Adakah sekadar kata-kata

Atau mengenai bukti yang nyata

Atau ianya hanya khayalan semata-mata

Kerana cinta dunia

Hilang harganya harta

Seakan terhentinya masa

Jiwa sang raja menjadi hamba

Segala-galanya seakan tiada bermakna

Demi cinta dunia

Kesukaan hati dilupakan

Keburukan menjadi pujaan

Kebencian menjadi dambaan

Kehinaan menjadi sanjungan

Atas cinta dunia

Hanya pada-nya kita berfikir

Janji-janji palsu menjadi zikir

Membuat dia murka tidak terfikir

Membuat dia ketawa acap difikir

Namun

Dalam mencari cinta Allah

Sebanyak mana telah dihabisi harta demi-Nya

Selapang mana masa telah diisi untuk-Nya

Serendah mana sujud kita di hadapan-Nya

Sekerap mana hati kita rindu pada-Nya

Secenderung mana kita terhadap-Nya

Muhasabah cintamu,

Pada Dzat Yang Maha Mencintai

Sentiasa ada di sisimu

Menanti saat kau luah rasa pada-Nya

Sentiasa bersabar dengan karenah dirimu

Dengan terus menebarkan nikmat-Nya

Sentiasa mencemburui dirimu

Saat kau lupakan keberadaan-Nya

Carilah cinta Allah

Kerana itu cinta sejati

No comments:

Post a Comment