Wednesday 1 May 2013

Disa Dan Dia


Dia??
siapakah Dia??
macam mana Dia boleh wujud dalam hidup aku??
kenapa aku sayang Dia??
macam mana aku boleh sayang Dia??


Dia... ^_^
Dia seorang yang pandai mengambil hati..
susah nak tengok Dia merajuk.. marah pun jarang-jarang...
Dia tergolong dalam kategori sabar la jugak..
kalau aku boring Dia sentiasa di sisi.. everytime, and everywhere...
dikala sedih Dia memang pengubat duka lara Aku... 
Hanya Dia yang tahu macam mana nak hiburkan hati aku...
Aku rasa bertuah Dia ada di sisi... 


Dia... ^_^
aku kenal Dia dah lama...
aku tau Dia macam mana..
perwatakan Dia...
perangai Dia...
suara Dia..
cara Dia jalan..
cara Dia bercakap..
bahasa Dia...
feveret  food Dia..
style Dia..
senang kata, Aku tau Semua pasal dia...


Dia... ^_^ 
Aku sayang Dia sangat-sangat..
aku tak tau macam mana hidup aku kalau Dia tak ada...
aku sayang Dia sebab dia tau aku macam mana...
bila dengan Dia Aku adalah Aku... ( x hipokrit la )..
Dia tau feveret food aku..
Dia tau ape yang aku suke...
Dia kenal semua kawan-kawan aku..
aku tak pernah rahsiakan ape-ape kat dia..
Dia selalu jaga aku...
Walaupun macam tu,, Dia selau usik aku dengan perkara yang aku tak suka...
kalau ada sape-sape yang kenakan aku Dia pon join sekaki kenekan aku.. ishh
Walaupun apa yang Dia buat dan ape yang Dia katakan kat aku, aku tetap sayang Dia..
tak ade sape-sape pon boleh hilangkan perasaan sayang aku kat Dia kecuali Allah S.W.T...
Oleh disebabkan alasan dan sebab musabab itulah aku sayang dia... I LOVE HIM...


DIA...DIA...DIA..DIA...



Si Dia yang aku sayang sangat tu nama Dia Syahir.. ( Dia adik aku lah... :P )




                             

Tuesday 5 February 2013

BILA PEREMPUAN HILANG SABAR




Perempuan merupakan insan yang dilahirkan dengan sifat sabar yang tinggi. Bila mereka sedih tiada siapa yang tahu. Perempuan ibarat seorang pelakon professional yang mampu memyembunyikan tangisan dengan seulas senyuman yang boleh menenangkan hati mana-mana insan… ( bak kata Mr. Google ) :P huhuhu…


Bila sifat sabar perempuan dah hilang, mereka akan jadi seseorang yang korang tak kenal… mungkin awak rasa hubungan kita okey je, saya saje tak nak bagitau kat awak yang saya marahkan awak,sebab saya malas nak gadoh ngan awak.. selama ni saya boleh sabar dengan semua kerenah dan kata-kata awak  yang kadang-kadang menyakitkan hati saya … mungkin sebab saya selalu berlembut hati dan bersedia memaafkan semua kesalahan awak menyebabkan awak ulang kesalahan yang sama berulang-ulang kali…


Awak tau tak, kadang-kadang saya jealous bila saya pikir ada perempuan lain yang boleh buat awak gembira lebih daripada saya. Saya rasa tak salah kalau saya ade perasaan macam tu sebab saya “ Special Girlfriend ” awak. And I know that I’m not the prettiest, smartest, or most fun and exciting like others girl out there. But,,, I do know that no matter how hard and long you look ,  you’ll never find somebody that loves you like I do….


Selama ni kawan-kawan saya selalu tanya, “ macam mana ko boleh sabar dengan perangai die nie?? Dia selalu sakitkan hati kau la, ko buta ke ape?? .” Tak tau kenapa tapi masa tu saya masih lagi boleh maafkan awak . walaupun kadang-kadang awak tak tau yang saya terasa dengan perangai awak  & marah dengan awak  Tapi sekarang..


Boy, I am sorry if I have to say this….


Awak tau tak, yang awak buat saya rasa tak dihargai, dan setiap kata-kata yang keluar dari mulut awak sekarang selalu je sakitkan hati saya. Saya rasa cukup la awak remukkan hati saya. Kalau awak mulakan perkenalan kita dengan niat hanya nak mempermainkan perasaan saya, saya rasa baik kita akhiri our complicated relationship sekarang. Saya tak boleh terima awak bagitau saya yang awak sayangkan saya, but at the same time you said the “ damn  word ” to another girl, I can’t hold than feeling , its make me hurt. If you love that girl just go ahead and break up with me NOW.. From now on please don’t texting me, calling me and don’t dare you appear from my sight anymore. PLEASE GO AWAY 


maka tamat la al kisah dongeng bila perempuan dah hilang sabar,,, so  kesimpulannya kat sini.. jangan la mencabar kesabaran insan yang bernama perempuan...  so buat sesiapa yang terasa tu mohon ampun dan maaf dipinta dan sila perbaiki diri anda seblum kejadian yang sebegini rupa terjadi dalan hidup anda yee bye bye...

Thursday 15 November 2012

Diet Punya Citer


السلام عليكم

For a long, long, long, long~~~  time ago Dysa x conteng ape-ape pon kat blog ni sampai bersawang-sawang.  Cik Spider pown ciap wat party tiap-tiap hari kat cini… hummm nak dijadikan cerita n tok dijadikan entry ni meh sini ambo nok crite cikit…

Pada 19 oct 2012 jam 06:15 am YeaAhh!! Akhirnya Dysa sampai jgk ke Rumah Ku Syurga Ku, ^_^ .. setelah bertungkus lumus, bertunggang terbalik berperang dengan beberapa helaian Final Exam Paper Sem 5 perjuangan Dysa dan Sahabat Handai belum berakhir di Bumi KUIS yang terCHENTA, kami smua ditugaskan untuk menjalani Practical di Mahkamah Rendah Syariah di Kampung Halaman masing-masing… Bukan itu yang Dysa nak conteng kat paper ni..  Jom Dysa bawak korang kembali ke “ Main Subject ” entry ni…

Sesampainya Dysa kat rumah, Dysa melawat  ke bilik My beloved Twins ( Adik kembar Dysa ) huurmm diorang tidoq lagi Ghupenye, xpelah tggu matahari terpacak kt ats kepala dulu baru story panjang-panjang dgn diorang.. huhuhu… Pabila tiba waktu breakfast….. woowooowoo.. kenape adk-adk ku just minum susu Duchlady Low Fat je tok breakfast, x macam selalu… bila ditanya kenape baru la tau.. diorang nak stabikan BMI yang sedia ada Stabil tok pemilihan Akhir Tentera Darat upernye.. okey la klo macam tu.. Tapi bila sampai tak ambik lunch n Dinner ni ape kes??? Oleh itu sebagai kakak Mithali ( Kekunun la tu ) Dysa suroh diorang bace entry yang ditulis oleh Fatin Liyana ( antara bloger yang agak femes masa kini) huhuhu.. jom bace kejap entry yang Fatin Liyana tulis..

*tips Diet yang sihat dari Fatin Liyana


1.       JANGAN CRASH DIET

crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?


2.      JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION

'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Podah. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja ang skip-skip meals ni. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.


3.      HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI

'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku habaq ngan ang, aku dulu berat turun sampai 9kg sebab aku tak makan titbits langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.



4.      GET ACTIVE

satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.



5.       JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.


kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.

Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.


Akhirnya My Beloved Twins Diet dengan cara yang bEtoi..
Remember Twins I always Love both of You… 


Sekian Terima Kasih ^ ___ ^ <3

Tuesday 3 July 2012

Bercintalah



Cinta

Adakah sekadar kata-kata

Atau mengenai bukti yang nyata

Atau ianya hanya khayalan semata-mata

Kerana cinta dunia

Hilang harganya harta

Seakan terhentinya masa

Jiwa sang raja menjadi hamba

Segala-galanya seakan tiada bermakna

Demi cinta dunia

Kesukaan hati dilupakan

Keburukan menjadi pujaan

Kebencian menjadi dambaan

Kehinaan menjadi sanjungan

Atas cinta dunia

Hanya pada-nya kita berfikir

Janji-janji palsu menjadi zikir

Membuat dia murka tidak terfikir

Membuat dia ketawa acap difikir

Namun

Dalam mencari cinta Allah

Sebanyak mana telah dihabisi harta demi-Nya

Selapang mana masa telah diisi untuk-Nya

Serendah mana sujud kita di hadapan-Nya

Sekerap mana hati kita rindu pada-Nya

Secenderung mana kita terhadap-Nya

Muhasabah cintamu,

Pada Dzat Yang Maha Mencintai

Sentiasa ada di sisimu

Menanti saat kau luah rasa pada-Nya

Sentiasa bersabar dengan karenah dirimu

Dengan terus menebarkan nikmat-Nya

Sentiasa mencemburui dirimu

Saat kau lupakan keberadaan-Nya

Carilah cinta Allah

Kerana itu cinta sejati

Sunday 29 January 2012

FIKSYEN 302



RAMLEE AWANG MURSHID

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hamper serupa. Angka 302 dilakarkan di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032- seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutka……… tragedy lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

*** p/s : no 302 yang disebut dalam kisah ini ialah SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN yang membawa HUKUMAN MATI kepada sesiapa yang didapati bersalah di bawah seksyen ini..
*** Novel ini agak menarik untuk sesiapa yang sememangnya mencari bahan bacaan pada masa lapang… (^_^)

Sunday 25 December 2011

Aspura Anti Aspuri ~ Part 4

Zaman persekolahan…

Semua pelajar telah meninggalkan bangunan akademik. Ketika berjalan bersama pelajar yang lain untuk ke asrama, aku tiba-tiba teringat buku Lelaki Soleh yang tertinggal di atas meja kelasku.

“Aku nak balik ke kelas kejap. Nak ambil barang tertinggal,” aku meminta izin kawan-kawanku untuk tidak menyertai mereka menuju ke asrama.

Sambil berlari-lari anak, aku masuk ke kelas 4 Umar al-Khatab. Buku berwarna kuning kesayanganku itu tergeletak kemas tanpa terusik sedikitpun kedudukannya ketika aku selesai membacanya tadi. Dengan senang hati, aku mengambil buku itu.

“Maaf, pelajar tak dibenarkan duduk di kelas antara pukul 2 petang hingga 3 petang. Ini peraturan sekolah,” seorang pengawas menegurku dari luar pintu kelas.

“Saya cuma nak ambil buku saya,” jelasku sambil menunjukkan buku tersebut.

“Mengapa tak ambil waktu prep saja?” tanya pengawas itu. “Maaflah, saya terpaksa ambil nama awak. Nama awak?” tanya pengawas itu sambil mengeluarkan buku catatannya.

“Tak bolehkah awak consider sikit? Lagipun saya bukannya mencuri!” Aku cuba mempertahankan diriku.

Pengawas itu mengangkat mukanya – serius. “Awak pelajar baru, kan?”

Aku mengangguk.

“Awak sepatutnya menjaga rekod pelajar baru awak agar tidak dilabel sebagai pelajar kurang berdisiplin. Saya dimaklumkan, pelajar pengambilan tingkatan empat telah diberi briefing tentang disiplin sekolah ini. Jangan disalahgunakan perkataan – ‘Saya budak baru dan saya tak tahu peraturan di sini!’ Sekali lagi, nama awak?”

“Muhammad Addin bin Mustaqim,” jawabku akur. “Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.”

Aku berjalan melintasi pengawas itu tanpa menoleh sedikitpun. Antara peraturan dalam kumpulan 4A – dilarang berbual tanpa sebab dengan pelajar perempuan dan dilarang memandang mereka dengan sengaja.

Tidak berapa lama aku meninggalkan kelas, aku terdengar bunyi sesuatu mengaduh kesakitan. Kutoleh ke belakang dan mendapati pengawas tadi sedang melutut di koridor kelasku sambil menekan perutnya. Dengan berasa tanggungjawab, aku berpatah semula ke kelas.

“Awak tak apa-apakah?”

“Awak pergi! Pergi!” tegas pengawas itu sambil cuba berdiri sementara tangannya masih menekan perut.

Dia terciritkah? Soalku dalam hati. Namun, tiba-tiba aku tahu apa yang menyebabkan dia kesakitan. Aku terlihat baju sekolahnya bahagian belakang berlumuran darah. Ya ALLAH, dia cedera! Serta-merta pengawas itu termelutut semula.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengangkat pengawas itu. Aku takut dia mati di depan mataku. Kulihat wajah pengawas itu pucat seperti mayat dan bawah matanya berwarna hitam seperti pontianak. Oleh itu, lebih baik aku menyelamatkan nyawanya.

“Eh, apa awak buat ni! Lepaskan saya! Lepaskan saya!” pengawas itu memukul-mukul dadaku.

Aku tidak mengendahkan pukulan itu. Tujuan aku sekarang hanyalah menyelamatkan pengawas itu dengan menghantarkannya ke bilik guru. Nanti dia boleh dibawa ke hospital.

Akhirnya aku sampai di bilik guru. Aku berasa lega kerana bilik tersebut masih penuh dengan guru-guru dan beberapa pelajar yang mungkin bertanya tentang pelajaran atau program. Pengawas itu terjerit-jerit ketika aku masuk ke bilik guru. Mungkin rohnya dah sampai halkum agaknya, pasal tu dia terjerit-jerit kesakitan – fikirku.

Keriuhan yang datang dari pengawas itu serta-merta mendapat perhatian semua orang dalam bilik guru. Seorang guru yang paling dekat dengan pintu meluru mendapatkan pengawas itu.

“Mengapa dengan dia?” tanya Cik Suwitah selepas aku menurunkan pengawas itu ke kerusi yang ditarik oleh cikgu tersebut. Lantas, aku menjarakkan diriku.

Kami berdua mulai dikerumuni oleh guru-guru sementara pengawas itu mulai menangis. Ramai yang terkejut melihat baju putihku berdarah – terkena darah ketika mengangkat pengawas itu. Bilik guru tersebut mulai riuh-rendah.

“Cikgu, bawa dia segera ke hospital! Dia cedera parah! Cepat cikgu, ini kecemasan!” ujarku.

“Mengapa dengan dia?” ulang Cik Suwitah.

“Dia cedera parah cikgu. Tadi, tiba-tiba dia melutut dan saya lihat dia berdarah!” jelasku lantas membuat esakan pengawas itu lebih kuat sambil menutup wajahnya.

“Di mana yang cedera parah?” tanya seorang guru yang lain – ketika itu aku belum kenal semua nama guru.

“Belakang dia!” jawabku pantas.

Beberapa orang guru kulihat sedang berbisik-bisik. Tiba-tiba wajah beberapa orang guru lelaki berubah seperti menahan tawa sementara guru-guru wanita menyuruh semua lelaki yang ada di situ termasuk aku untuk meninggalkan bilik guru.

Aku keluar bersama pelajar-pelajar lelaki yang turut berkumpul melihat kejadian itu. Seorang pelajar tingkatan lima menarik aku jauh dari bilik guru. Dia ketawa terbahak-bahak ketika menarik aku. Pelajar yang lain membuntuti langkah kami.

“Kau tahu tak darah apa yang melekat di baju kau ni?” tanyanya. “Dan kau tahu tak apa yang membuat pengawas itu berdarah?”

Aku menggeleng kepala.

“Pengawas tu sedang datang bulan. Dan ini darah bulanan perempuan! Hahaha…” pelajar tingkatan lima itu tertawa diikuti oleh pelajar yang lain.

Mataku terbeliak! Dan permusuhan telah tercetus disebabkan kebodohanku! Sungguh! Aku tak suka bermusuh! Dan sungguh! Aku tidak arif tentang perempuan!


Doa Ketika Ditimpa Sesuatu yang Tidak Disukai


Allah sudah menakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.



Zaman sekarang…

“Hidung awak dah okey belum?” tanya Noni 3A ketika menghidangkan sarapan pagi untuk kami berdua. Wajahnya masih takut-takut.

“Saya lebih rela dapat sakit macam ni daripada sakit hilang ingatan,” ujarku selamba.

Noni 3A mengerutkan keningnya. “Awak ada penyakit hilang ingatan? Hmm… sekarang ni awak kenal saya tak?"

Aku tertawa kelucuan. “Saya hilang ingatan selepas bangun tidur saja. Tak lama lepas tu okey semula.”

“Tak pernah saya dengar penyakit macam tu. Awak ni kes pertamalah ya?”

Aku mengangkat bahu. “Entahlah. Agaknya kot.”

“Awak tak pernah berubatkah?” Noni 3A mulai bertanya seperti seorang polis menyoal siasat penjenayah.

“Dah banyak kali saya berubat. Bermacam-macam rawatan saya buat. Tapi ALLAH SWT belum mengizinkan saya untuk sembuh. Mungkin ada hikmah di sebalik penyakit ni yang saya belum ketahui,” ujarku panjang lebar.

Noni 3A mengangguk. Aku tak tahu untuk apa dia mengangguk. Sama ada dia faham atau pun ingin menandakan bahawa perbualan tamat setakat itu saja.

Selepas menghabiskan sarapan yang disediakan, aku mengambil kunci kereta yang tersimpan di dalam mangkuk kaca khas di atas meja. Noni 3A tergesa-gesa dari dapur menuju ke pintu utama.

“Addin!” panggilnya.

Aku menoleh, “Ya, mengapa?”

Sambil membetulkan tudungnya, dia melangkah menuju kereta.

“Petang ni boleh tak awak balik awal sikit? Saya nak beli barang,” ujarnya.

“Eh, bukankah dua hari lepas kita dah berbelanja barang dapur? Tak kan dah habis?” aku kebingungan.

“Bukan nak beli barang dapurlah,” dia mencebik. “Saya nak beli sedikit barang.”

“Hmm… yalah kalau macam tu. Jumpa awak petang ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Petang itu, seperti yang dirancangkan, kami bertolak ke pusat membeli barang yang dimaksudkan Noni 3A. Dalam perjalan, dia menjadi penunjuk arah sementara aku memandu mengikut arahannya. Aku memberhentikan kereta di hadapan semua pusat farmasi – Farmasi Syifa’ Muslim.

“Awak nak ikut tak?” tanyanya ketika aku mematikan enjin.

“Hmm… takpelah. Saya tunggu dalam kereta saja.”

Sememangnya aku keletihan ketika itu. Mana tidaknya, balik saja dari pejabat terus keluar semula untuk memandu Noni 3A. Radio Ikim kupasang, mendengar celoteh juruhebahnya dalam bahasa arab. Tidak lama kemudian, aku terlelap sehinggalah tingkap keretaku diketuk.

“Maaflah buat awak lama menunggu,” ujar Noni 3A selepas masuk ke dalam kereta.

“Awak beli apa?” Mataku melirik pada bungkusan yang dibawanya.

Noni 3A tersenyum. Wah, menawan sekali senyumannya! Jantungku berdegup kencang seperti genderang mahu perang – seperti lirik lagi Ingin Bercinta.

“Semua ni saya belikan untuk merawat penyakit ‘hilang ingatan selepas bangun tidur’ awak tu,” ujarnya sambil mengangkat bungkusan itu.

“Mengapa awak susah-susah nak belikan untuk saya?”

Noni 3A mencebik. “Pasal saya tak nak awak anggap saya sebagai orang asing ketika saya kejutkan awak. Sedih tau kalau ‘suami’ tak kenal ‘isteri’ walau sesaat.” Ketika mengungkapkan ayat terakhir, aku dapat melihat pipi Noni 3A bertukar merah.

“Hmm…” sambil memulakan pemanduan, aku menyambung perbualan kami. “Berapa yang awak bayar tadi. Biar saya bayar semula dengan awak.”

“Eh, tak perlu! Lagipun duit yang saya gunakan tu ialah duit lebihan belanja barang dapur hari tu. Saya cuma tambah sikit saja,” Noni 3A menolak selembut mungkin tawaranku tadi.

“Terima kasih, Nurri.” Dan mulai saat itu aku mulai memanggilnya dengan nama sebenarnya – Nurri yakni ‘cahayaku’. Syukur alhamdulillah aku dikurniakan isteri sepertinya. At least, she brights my life!


Hak atas Pasangan Suami Isteri
Sabda Rasulullah saw. di Haji Wada', "Ketahuilah, bahwa kalian mempunyai hak-hak atas wanita-wanita (isteri-isteri) kalian, dan sesungguhnya wanita-wanita (isteri-isteri) kalian mempunyai hak-hak atas kalian." (Diriwayatkan para pemilik Sunan dan At-Tirmidzi men-shahih-kan hadits ini).


Zaman persekolahan…

“SENYAP!”

Serentak, semua ahli 4A terdiam. Kebingitan yang melanda bilik studi tadi serta-merta padam ditiup kelantangan Abang Azlan – YDP (Yang di-Pertua) 4A.

Mata Abang Azlan meliar tajam merenung satu persatu anak buahnya. Matanya kemudian berhenti ke arahku. Aku mulai berasa tidak sedap perut. Matilah aku! Matilah aku! Hatiku bermonolog kerisauan.

“Kita kembali kepada topik perbincangan kita yang paling utama. Tinggalkan sebentar isu sampingan yang mencetus kontroversi baru-baru ni!” ujar Abang Azlan menunjukkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

“Isu kita sekarang ialah ‘Kemerosotan Aspura dalam Akademik’. Sekarang saya nak Hasif bacakan rekod pencapaian ujian bulanan dalam bulan ini,” sambung Abang Azlan lagi.

Hasif, selaku setiausaha 4A, bingkas berdiri.

“Assalamualaikum. Ini merupakan rekod ujian bulanan yang akan saya bacakan sebentar lagi. Saya akan bacakan tentang carta 10 Terbaik dan jantina pelajar tercorot dalam setiap tingkatan.

Tingkatan Satu, hanya empat orang aspura tersenarai sebagai Top 10 – namun keempat-empat mereka mendominasi carta satu hingga empat. Tahniah!”

Semua ahli bertepuk tangan, bangga.

“Namun, tiga orang dalam kalangan aspura juga menyandang gelaran sebagai tiga pelajar tercorot dalam ujian yang sama!” Hasif merenung wajah wakil Tingkatan Satu – Saufi.

“Kemudian, Tingkatan Dua pula hanya tiga orang yang tersenarai dalam Top 10. Dan itu pun bawah dari nombor empat!” tekan Hasif lantas membuat wajah Azlan semakin masam. “Apa yang menariknya dalam Tingkatan Dua ialah – tiada seorang pun aspura yang menjadi 20 puluh orang tercorot!”

“Hmm,” Hasif menggaru-garu dagu sambil melihat kertas laporannya. “Tingkatan Tiga – pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR! Mengapa hanya Afnan dan Haikal seorang saja yang tersenarai dalam Top 10? Nasib baik tempat pertama disandang oleh Afnan. Tetapi ini belum memuaskan kita. Jika bulan lepas sembilan orang menjadi Top 10, mengapa bulan ni merosot? Wakil tingkatan, sila ambil peranan! Jantina paling merosot saya tak nak sentuh kerana kita telah sedia maklum siapa yang selalu corot dalam tingkatan ini.”

Jantungku bedebar-debar ketika nama tingkatanku disebut.

“Tingkatan Empat.” Kesemua 15 ahli 4A serentak merenung ke arahku. Aku menelan air liur. “Tahniah, Top 10 semuanya dalam kalangan aspura. Malah, carta sebelas hingga 16 juga adalah aspura! Dan jantina yang corot ialah aspuri.”

Bilik studi Blok J yang menjadi markas perjumpaan 4A tiba-tiba riuh dengan sorakan dan ucapan kesyukuran. Ahli kumpulan yang duduk berdekatan dengan aku dan Fathi menepuk-nepuk bahu kami memandangkan kami berdua ialah wakil tingkatan empat.

“Seterusnya pelajar SPM – tingkatan saya dan YDP kita,” Hasif menunjuk ibu jarinya kepada Abang Azlan. “ Alhamdulillah, YDP kita yang tidak pernah lepas dari nombor satu masih mengekalkan mahkotanya. Seterusnya tiga orang lagi tersenarai dalam Top 10. Malangnya, pelajar corot ialah aspura.”

Beberapa orang ahli 4A berbisik-bisik sambil memandang sinis ke arah Hasif ketika dia mengungkapkan perkataan terakhir. Fathi menarikku agar dia dapat berbisik di telingaku.

“Pelajar corot Tingkatan Lima – Abang Hasif sendiri,” bisik Fathi perlahan yang mungkin.

“Sekian saja laporan dari saya. Kembali kepada YDP,” ujar Hasif lantas duduk di tempatnya. Aku perasan mukanya ketika itu merah – disebabkan malu.

Abang Azlan bangkit semula. “Terima kasih kepada Hasif. Jadi saya nak simpulkan bahawa tingkatan yang didominasi oleh aspura dalam bidang akademik, sila tingkatkan prestasi anda. Manakala tingkatan yang dicacati oleh kecorotan aspura, saya harap kita sedia membantu mereka dan sentiasa follow up perkembangan mereka.

Sekarang saya nak sentuh sekejap tentang isu yang tercetus baru-baru ini!” Abang Azlan berdiam seketika – seperti mengawal kocakan amarahnya. “Addin, sila berdiri.”

Aku berdiri perlahan-lahan – chuak dowh!

“Bacakan saya sepotong hadis yang kamu belajar minggu lepas.”

Aku terkedu! Apa motif Abang Azlan suruh aku membacakan hadis pula? Bukankah aku sepatutnya dimarah, diherdik?
Takutlah Godaan Dunia dan Godaan Wanita

Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahihnya, daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Hendaklah kalian takut terhadapa (godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita.”


Selesai sahaja membacakan hadis tersebut, aku dipanggil untuk berdiri di hadapan bersama-sama dengannya. Oh tuhan, apalah nasibku selepas ini!


Zaman sekarang…

“Ini tablet buah zaitun dan ini pula minyaknya,” ujar Nurri sambil menunjukkan bungkusan ubat dan sebotol minyak yang tertera logo farmasi.

“Khasiat buah zaitun ini ialah dapat mencegah penyakit pembuluh nadi, peningkatan tahap kolestrol, peningkatan tekanan darah, penyakit kencing manis, dan kegemukan. Malah ia juga dapat mencegah sebahagian daripada pelbagai jenis barah.


Hadis Kelebihan Buah Zaitun

Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, Makanlah buah zaitun dan minyakkan rambut dengannya kerana buah zaitun itu keluar dari pohon yang berkat. [Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi dan al-Tirmizi berkata ini hadis hasan]

Semoga darah di bahagian kotak memori awak dapat mengalir lancar dan minyak yang disapukan di atas kepala awak tu menyenangkan pemikiran awak,” jelas Nurri panjang lebar.

Kemudian dia mengeluarkan pula ubat-ubatan yang lain – saya rasa semuanya adalah ubat. “Ini pula ialah tablet habbatus sauda’, jus habbatus sauda’, dan minyak jintan hitam.”

“Apa beza habbatus sauda’ dengan jintan hitam?” aku mencelah penerangan Nurri.

“Kedua-duanya adalah sama. Yang membezakannya ialah habbatus sauda’ nama Arab, jintan hitan nama Melayu. Hehe…” Ketika itu, mahu saja kucubit pipi Nurri – sangat mencuitkan hati.

“Habbatus sauda’ ni pun ada kelebihannya. Berdasarkan kajian Pusat Penelitian Florida, habbatus sauda’ mampu meningkatkan dan menambah daya kekuatan dan daya tahan tubuh manusia bagi melindunginya daripada penyakit serta melawan kuman dan bahan kimia aktif,” Nurri berhenti seketika untuk merehatkan celotehnya.

“Kalau kita kaitkan dengan penyakit awak, khasiat habbatus sauda’ insyaALLAH boleh menguatkan daya ingatan awak.
Hadis Kelebihan Habbatus Sauda'

Ummul Mukminin Aisyah r.ha berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya habbatus sauda’ mengandungi ubat bagi semua jenis penyakit kecuali al-sam.” Aisya bertanya, “Apakah itu al-sam?” Dijawab oleh Baginda, yang bermaksud: “Al-sam adalah kematian.” [Muttafaq ‘alaih]

Berdasarkan hadis ini, Nabi junjungan besar kita Muhammad SAW telah memberi petua untuk merawat penyakit. Jadi, kita amalkanlah petua ini.”

Aku menghulurkan air kosong kepadanya. Selepas mengucap terima kasih, dia meneguk air itu tiga kali – mengikut sunah. Aku perhatikan saja tindak-tanduknya. Aku sendiri tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini aku terpikat dengan setiap tindakan Nurri. Mungkinkah aku telah jatuh cinta?

Oh, mustahil! Aku tetap ingat apa yang dilakukannya terhadapku sewaktu di sekolah dulu. Aku masih ingat! Dan sukar untuk aku lupakan. Kerana itulah, aku dan dia masih menggunakan ‘saya-awak’. Kami berdua belum serasi. Malah, aku belum pernah sekalipun ‘menyentuhnya’ sejak dua bulan perkahwinan kami.

“Di mana awak tahu semua ni?” tanyaku.

“Dari majalah Solusi isu 17. Dalam tu terkandung fakta yang mengatakan bahawa penduduk Palestin merupakan penduduk paling sihat di dunia. Faktornya ialah mereka mengamalkan cara pemakanan nabi,” syarah Nurri bersungguh-sungguh.

“Malah mereka berterima kasih kepada Israel kerana tembok yang dibina di sekeliling mereka menyebabkan mereka tidak terkena tempias ubat-ubatan barat yang ingin disalurkan kepada mereka. Pasal itu jugalah mereka masih dapat bertahan dengan bahan kimia fosforus. Subhanallah, menakjubkan, kan?” sambungnya lagi.

Aku mengangguk setuju sambil membalas senyumannya. Kemudian, Nurri meminta izin untuk menyiapkan baju yang ingin kupakai esok untuk ke pejabat. Walau keruh bagaimanapun perhubungan kami, namun dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Buat entah ke berapa kalinya, aku bersyukur kepada ALLAH SWT. Dalam hatiku tidak putus-putus berdoa agar cinta keranaNYA mekar dalam diri kami berdua.



Tuesday 6 December 2011

Aspura Anti Aspuri ~ Part 3

sekarang….

Mata Noni 3A bergenang tangis – merah. Kami berdua baru saja selesai ‘berbahas’ tentang Facebook. Aku menegurnya agar tidak berhubung dengan lelaki lain dalam laman sosial itu. Sebagai isteri, dia tidak boleh bergaul dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya.

Noni 3A menegaskan bahawa langsung tidak terdetik di hatinya untuk menjadikan kenalan-kenalan barunya itu sebagai calon suami. Sekadar mengisi masa lapang saja. Dengan menggunakan nama dan tanggungjawabku sebagai seorang suami, aku menegaskan bahawa aku tidak membenarkan Noni 3A berhubung dengan kenalan-kenalan barunya itu.

“Saya nak tahu dari mulut awak sendiri,” suara Noni 3A memecah kesepian dalam ruang tamu. “Mengapa awak mengahwini saya kalau awak tahu yang awak tidak mencintai saya?”

Aku diam. Cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk kulontarkan kepadanya. Agar selepas memberi jawapan tersebut, kami berdua tidak bertengkar lagi. Aku sendiri pun sudah bosan dengan kehidupan berperang mulut sebegini. Walhal, aku asalnya seorang yang tidak banyak mulut.

“Noni…”

“Jangan panggil saya Noni!” pintas Noni 3A.

Aku menahan sengih. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia kacau. Gelaran Noni 3A itu diberikan oleh kumpulan 4A dahulu kerana salah seorang ahli 4A tersalah dengar nama Nurri sebagai Noni. Semenjak itu, gelaran Noni lekat padanya.

“Maaf. Nurri, secara jujurnya saya sendiri tidak tahu mengapa saya mengahwini awak. Tapi saya yakin bahawa ini ketentuan ALLAH SWT untuk awak dan saya. Ketentuan bahawa awak menjadi isteri saya.

Jujur, saya tidak pernah mempersoalkan tentang jodoh kita berdua. Saya tahu ALLAH SWT telah memberikan yang terbaik buat saya. Saya harap awak tidak lagi mempersoalkan tentang jodoh yang ditetapkan ini. Banyakkan istighfar. Kita telah melakukan kemungkaran jika kuasa ALLAH SWT tidak kita yakini.

Larangan Mengingkari Takdir

Diriwayatkan dari Umamah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Tiga macam orang yang tidak akan menerima dari mereka tebusan ataupun taubat: Orang yang durhaka, yang suka mengungkit-ngungkit pemberian, dan mendustakan takdir'," (Hasan, Ibnu 'Ashim dalam as-Sunnah [323]).


Dan…” aku menarik nafas panjang. Mencari kekuatan untuk mengungkapkan – “… saya cuba sebaik mungkin untuk mencintai awak. Saya harapkan awak juga macam tu.”

Noni 3A mengesat mutiara kaca yang hampir tumpah di pipinya.

“Tapi sampai bila?” ujarnya separuh berbisik namun masih boleh kudengari. “Sampai bila kita nak hidup sebegini.”

“Penderitaan ini akan tamat setelah saya sepenuhnya mencintai awak dan dalam masa yang sama hanya saya seorang yang menjadi kekasih dalam hati awak – setelah ALLAH SWT dan pesuruhNYA Muhammad SAW.” Aku sendiri tidak menyangka bahawa aku boleh mereka sebuah ayat yang – pada pendapatku – romantis islami. “Banyakkan berdoa kepadaNYA agar disemaikan benih cinta kerana ALLAH dalam rumah tangga kita.”

Aku mendekatkan diri kepada Noni 3A. Kuambil tangannya dan kutekapkan di dadaku. Aku tidak tahu mengapa aku berani menyentuh tangannya sedangkan sebelum ini jarang sekali kami bersentuhan.

Aku dapat merasakan debaran Noni 3A ketika aku merapatkan wajahku ke wajahnya. Pipinya merona merah. Semakin lama wajah kami mendekat. Aku memejamkan mataku…

“Cukup!”

Serta-merta aku mendapati tubuhku tersandar di tepi almari. Hidungku terasa panas. Terdapat cecairan pekat sedang mengalir keluar dari dalamnya. Darah! Noni 3A menekup mulutnya. Aku tahu, dia tidak sengaja menumbuk batang hidungku.

“Addin!” Noni 3A meluru pantas ke arahku.

“Auchh!!!” aku mengaduh ketika dia menyentuh batang hidungku.

“Oh, maaf! Maaf! Saya tak sengaja!” kelam kabut dia jadinya.

Aku terus menyambar tangannya. Dia terkaku apabila mata kami saling bertentangan.

“Please…” gumamku perlahan. “Please get me the first aid.”

Tanpa banyak membantah, dia segera mendapatkan kotak kecemasan. Aku tertawa
sendirian sambil menahan pedih di hidung. Hmm… padan dengan muka aku sendiri!